Madu Tualang Salah Satu Cara Ubati Asma

Petua Untuk Ubat Sakit Asma

ubati asma anda dengan madu tualang

Salam sejahtera.

Siapa yang tak risau bila diri sendiri menghidap sakit asma, kan? Bukan sahaja tak boleh nak bergiat aktif, terpaksa pula bergantung pada inhaler jika serangan asma tiba-tiba datang. Macam mana kalau inhaler tu tak ada masa serangan datang? Bagi ahli keluarga terdekat pula, mesti rasa bimbang dan cuak bila melihat orang tersayang susah nak bernafas, betul tak?

Ok, berbalik kepada tajuk asal entri ini yer. Antara petua-petua yang boleh diamalkan untuk ubat asma ialah:

1. Petua pertama untuk ubat asma ialah ambil sebiji buah petola. Buangkan bijinya (buat lubang di tengah-tengah) dan masukkan 2 hingga 3 ketul gula batu ke dalamnya. Kemudian, bakar petola itu sehingga masak dan perahkan petola itu untuk diminum jusnya.

2. Petua kedua pula untuk ubat asma ialah rebus seberapa banyak biji buah mata kucing. Apabila telah mendidih, sejukkan airnya untuk diminum. Lakukan amalan ini seberapa kerap yang boleh. Selain mengubati sesak nafas, ia juga boleh melancarkan haid.

3. Petua ketiga pula ialah tumbuk 7 helai daun sirih hingga lumat bersama satu sudu teh lada putih. Kemudian, campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada serta leher pesakit. Petua ini amat berkesan untuk ubat sakit asma.

ubati asma anda dengan madu tualang

4. Petua ubat sakit asma yang keempat pula ialah ambil 2 ulas bawang putih dan tumbuk dan 3 sudu minyak masak. Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan sapu pada leher, dada dan belakang. Dalam masa 15 minit anda dapat lihat perubahannya.

5. Petua kelima untuk ubat sakit asma ialah ambil satu sudu besar madu dan 4-5 titik getah betik. Campurkan madu dan getah betik dan beri munum dengan cair yang telah dibaca selawat.

6. Petua keenam ialah bersihkan 2 tangkai bunga belimbing buluh. Masukkan ke dalam bekas tahan panas dan campurkan 5 gm gula batu (lebih kurang besar ibu jari) Masukkan bekas tersebut ke dalam periuk nasi masak, keluarkan bekas dan biarkan sejuk. Kemudian berikan pesakit lelah minum air terumata kanak-kanak kurang dari 5 tahun dalam bekas itu (lebih elok jika ditapis dahulu). Amalkan setiap hari selama seminggu untuk ubat sakit asma anda.

7. Petua ubat asma yang ketujuh ialah rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya. Amalkan meminumnya seminggu sekali.

8. Petua kelapan untuk ubat sakit asma ialah tujuh helai sirih bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki.  Rebuskan dengan satu liter air hingga mendidih sepenuhnya. Minum setengah gelas air rebusan dengan mencampurkan sesudu makan madu lebah serta sesudu teh air limau nipis, sebelum tidur.

9. Petua kesembilan untuk ubat sakit asma ialah ambil 2 atau 3 helai daun ‘Hati-hati atau ‘Ati-ati hijau serta secubit kapur sirih. Ramaskan kedua- duanya hingga hancur kemudian sapukan di dada dan dibelakang anda atau kanak-kanak yang mengidap asma tadi. Atau boleh juga di cuba dengan mengambil 2-4 helai daun. Rebus bersama 2 cawan air sehingga menjadi kira-kira secawan sahaja. Minum atau boleh juga direbus dengan sedikit gula batu jika anda suka.


10. Dan akhir sekali, petua paling mudah, cepat dan pantas untuk ubat asma anda ialah dengan makan madu asli. Madu asli yang terbaik adalah yang dihasilkan oleh lebah hutan (apis dorsata). Di kawasan sini (Nusantara), madu ini dikenali sebagai Madu Tualang bersempena dengan tempat lebah ini membuat sarang koloni mereka iaitu pokok tualang/sialang.

perbezaan di antara madu tualang dengan madu lain
Perbezaan dari segi khasiat di antara madu-madu yang terdapat di Malaysia

CARA PENGGUNAAN MADU TUALANG UNTUK ASMA ANDA

Dewasa : Minum 1 atau 2 sudu (plastik) besar (20 minit sebelum makan) dan sebelum tidur.

Kanak-kanak: Gunakan sudu kecil.

Ingin membuat tempahan Madu Tualang Hutan yang ASLI? Sila hubungi kami di talian hotline kami iaitu +6019-245 6912 (Call/SMS/Whatsapp)

Semoga penyakit asma yang dihidapi anda dapat disembuhkan. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment