Kenali Kami

Perniagaan madu lebah tualang ini telah dimulakan oleh kami sejak dari tahun 1991 lagi secara kecil-kecilan sehinggalah pada tahap sekarang yang mana kami adalah pencari madu, penjual serta pembekal kepada para peniaga di seluruh Malaysia.

Perbezaan madu kami, Madu Tualang Syairtimur dan penjual madu lain adalah madu lebah ini diambil sendiri oleh team kami. Kami ber'XPDC' ke dalam hutan rimba meredah bukit bukau, paya, sungai dalam, risiko binatang buas, hanya semata-mata mencari madu tualang yang benar-benar tulen. 


Kami amat menitikberatkan cara pengambilan, perahan, penapisan dan penyimpanan yang bersih serta menjaga mutu keunggulannya. Yang terpenting sekali madu tualang ini diturunkan dari atas pokok dengan penyaksian dari mata krew kami. Bermakna jaminan ini 100% tulen dan tidak diragui. 

Kualiti madu tualang kami terjamin berbanding penjual madu tualang lain yang mengambil madu untuk diniagakan dari orang tengah yang tidak dikenali latarbelakangnya.

AWAS! Jangan tertipu dgn limpahan MADU TUALANG TIRUAN yang semakin bermaharajalela di pasaran. Dapatkan hanya yang ASLI dari kami.

Kajian dari UPM pada 1995 mendapati Madu Lebah Tualang Asli Hutan adalah lebih baik khasiatnya 5 kali ganda daripada madu lebah yang diternak/dibela di dalam kotak.




Madu tualang ini amat sesuai untuk dibuat ubat terutama ubat asma, tenaga dalaman dan minuman multivitamin untuk seisi keluarga.

Setiap pesanan/pembelian online secara Call/SMS/WhatsApp akan kami hantar melalui poslaju tanpa bayaran/caj penghantaran (seluruh Semenanjung sahaja). Bagi Sabah dan Sarawak sedikit caj dikenakan bagi menampung kos penghantaran ini. 

Ingin membuat tempahan? Sila hubungi kami di talian hotline kami iaitu +6019-245 6912 (Call/SMS/Whatsapp)

Sekian. Terima kasih kerana sudi mengenali kami :) 

"Ke Arah 1 Rumah, 1 Botol Madu Asli"

No comments:

Post a Comment